• Myself…

    zieaddin adalah gabungan nama antara nama depan ibu & nama akhir ayah (ADibah & KamarulDIN), jadilah ADDIN, zie adalah nama panggilanku yang agak "familiar" :) Dalam bahasa arab "zie addin" bermaksud yang "mempunyai agama"... insyaAllah..agama itulah yang penting... addin di sisi Allah hanyalah ISLAM...maka "laluan ini"lah yakni ISLAM yang menjadi pilihanku untuk selamanya...

  • AbayaSouq.com

  • Archives

  • Almarhumah Zainab al-Ghazali

  • YB Pn Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff

  • YB Pn Hjh Wan Ubaidah Omar

  • Pn Hjh Mumtaz Md Nawi

  • Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

  • Benazir Bhutto

  • Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

Bermulanya episod insan ini melangkah ke dunia politik…

Sebaik sahaja melepaskan jawatan di KEMAS, beliau langsung mendapat peluang mengajar di SMA Maahad Muhammadi Lil Banin (Lelaki) pada tahun 1964.

Sebagai Ahli Politik

Tiga tahun kemudian, apabila berlaku kekosongan kerusi Parlimen Kelantan Hilir (kini Pangkalan Chepa) berikutan kematian Tuan Haji Ahmad Abdullah (Haji Ahmad Perai), Haji Nik Abdul Aziz telah dicalonkan oleh PAS Kelantan untuk mempertahankan kerusi tersebut. Dengan izin Allah dan di atas ketokohan, kewibawaan yang jelas pada dirinya, PAS mengekalkan kerusi Parlimen tersebut.

Maka sejak itu kehidupan Haji Nik Abdul Aziz mula berubah. Tiba-tiba beliau menjadi begitu sibuk dengan tugas barunya sebagai Ahli Parlimen. Beliau sentiasa berulang alik dari rumahnya ke Kuala Lumpur. Tidak seperti wakil rakyat atau ahli parlimen lain yang lebih suka menetap di Kuala Lumpur, meninggalkan kawasan yang diwakili, meninggalkan rakyat yang telah mengundi mereka. Sebaliknya YB Haji Nik Abdul Aziz sanggup berulang alik dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Beliau masih meneruskan kewajibannya mengajar di Masjid Pulau Melaka dengan penuh komitmen.

Beliau sering balik lewat malam kerana memenuhi jemputan untuk berceramah di merata pelusuk tanahair. Masa untuk bersama keluarga menjadi begitu singkat. Ketika itulah Datin Tuan Sabariah memainkan peranan yang lebih besar dalam mengurus rumahtangga dan mengasuh anak-anak.

YB Haji Nik Abdul Aziz tetap akan pulang ke rumah walau bagaimana sibuk sekalipun. Waktu yang begitu terbatas bersama keluarga digunakan dengan sebaik mungkin untuk melayani anak-anak dan menyelesaikan sebarang masalah yang berbangkit.

Pilihanraya Umum 1969

Masa berlalu begitu pantas. Seluruh negara disibukkan pula oleh suasana menghadapi pilihanraya umum. YB Haji Nik Abdul Aziz dicalonkan sekali lagi untuk mempertahankan kerusi parlimen Kelantan Hilir. Dalam satu peristiwa, YB Haji Nik Abdul Aziz pernah diserang dengan lontaran batu oleh kumpulan Pemuda Tahan Lasak UMNO sewaktu beliau pulang dari satu majlis ceramah di Pasir Putih. Undi besar yang diperolehi oleh beliau telah mengekalkan kerusi Kelantan Hilir di tangan PAS.

Beberapa hari kemudian tercetus peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. YB Haji Nik Abdul Aziz menyatakan;

“Takdir Allah,.. Allah tidak mahu melihat PAS ini terus menerus hidup dalam keadaan budak atau keanak-anakan, maka Allah mendatangkan peristiwa 13 Mei yang melahirkan akta-akta sensitif, yang melarang manusia menyebut perkara-perkara seperti Melayu, China dan melarang manusia menyebut hal-hal yang bersangkutan dengan kerakyatan dan sebagainya.Bermula dari situlah maka orang-orang PAS berusaha untuk mencurahkan kerja-kerja sebagai gerakan parti. PAS bukanlah menyebatkan satu teori, tetapi menjalankan dasar al-Quran dan al-Hadith yang merupakan dasar agama. Kita rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan kegiatan agama, maka kita buat usrah, kita mula menterjemahkan buku-buku yang dikarang oleh pejuang-pejuang Islam seperti menterjemahkan buku Ma’alim Fit-Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan) yang ditulis oleh Allahyarham Sayyid Qutb termasuk juga membawa masuk buku-buku karangan Bapak Nasir dari Indonesia yang menterjemahkan ayat-ayat al-Quran yang menyentuh persoalan jihad, politik dan sebagainya.

Maka lahirlah kuliah-kuliah Jumaat dan sessi ceramah untuk mengisi kekosongan waktu yang ada. Maka berkembanglah PAS yang bukan lagi dalam bentuk PAS budak-budak, tetapi PAS yang telah remaja….”

petikan dari
Kemuncup Dalam Perjuangan Islam
karangan
YB Haji Nik Abdul Aziz

Ekoran peristiwa inilah Menteri Besar Kelantan Dato’ Mohd Asri yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan telah mengistiharkan percantuman kerajaan negeri dengan kerajaan pusat membentuk kerajaan campuran dengan PArti Perikatan atas dasar memelihara kepimpinan dan ketuanan Melayu di negara ini. Dan tindakan ini juga kemudiannya telah membawa kepada penyertaan PAS ke dalam Barisan Nasional pada 1974.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: