• Myself…

    zieaddin adalah gabungan nama antara nama depan ibu & nama akhir ayah (ADibah & KamarulDIN), jadilah ADDIN, zie adalah nama panggilanku yang agak "familiar" :) Dalam bahasa arab "zie addin" bermaksud yang "mempunyai agama"... insyaAllah..agama itulah yang penting... addin di sisi Allah hanyalah ISLAM...maka "laluan ini"lah yakni ISLAM yang menjadi pilihanku untuk selamanya...

  • AbayaSouq.com

  • Archives

  • Almarhumah Zainab al-Ghazali

  • YB Pn Hjh Siti Zailah Mohd Yusoff

  • YB Pn Hjh Wan Ubaidah Omar

  • Pn Hjh Mumtaz Md Nawi

  • Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

  • Benazir Bhutto

  • Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

perginya sukar dicarikan ganti…

Al-FATIHAH buat Hjh Kalthom Othman, 62 tahun, telah kembali ke rahmatullah pada 03 Februari 2010 bersamaan 18 Safar 1431H, kira-kira jam 1.20 pagi. Almarhumah juga lebih dikenali sebagai “Mak Som” atau yang sebaya dengannya “Kak Som”. Perginya sukar untuk dicari ganti. Arwah merupakan seorang pejuang muslimat yang istiqomah hingga ke akhir hayatnya, sangat komited dan cukup sabar dengan liku-liku kehidupan perjuangan yang ditempuhnya dan segala-galanya hanya diserahkan bulat-bulat kepada Sang Pencipta Yang Maha Esa.

Maklumat daripada email yang diterima, “Allahyarham merupakan serikandi Pas yang tidak asing di Kelantan. Kehebatan yang sering disebut mengenainya ialah sebagai tokoh pidato handalan. Beliau merupakan anak didikan bekas Ketua Dewan Muslimat, Asmah Abdul Kadir yang juga kelahiran Pasir Putih. Sepenjang hayatnya menjawat beberapa jawatan penting dan menjada tenaga utama menggerakan perjuangan Pas sehingga ke saat-saat akhir”.

“Kemunculannya dalam arena politik bermula selepas Pas kalah teruk tahun 1978. Bakatnya tercungkil menerusi pertandingan pidato dan di sinilah Allahyarham mula melangkah kaki ke gelanggang perjuangan”.

“Sepenjang hayatnya Allahyarham telah memegang berbagai jawatan penting dalam dewan Muslimat dari peringkat kawasan, negeri dan pusat”.

“Tahun 2003-2005 menjadi ketua dewan Muslimat Pas Malaysia. Allahyarham juga pernah dilantik menjadi senator dari tahun 1991 – 1997 dan merupakan senator wanita pertama Pas dari Kelantan dan selepas kemenangan Pas tahun 1990”.

“Dalam pilihan raya umum 2004 Allahyarham menangi kerusi Parlimen Pasir Puteh mengalahkan Che Mi Che Mat. Bagaimana kerusi itu terpaksa diserahkan semula kepada calon Umno itu apabila mahkamah mengisytiharkan kerusi berkenaan dibatalkan dan kemenangan diberikan kepada Che Min”.

“Dalam pilihan raya umum 2008 Allahyarham tidak bertanding di mana-mana kerusi. Komitmen kepada parti dan perjuangan masih diteruskan walaupun tanpa jawatan penting. Sehingga ke saat akhir Allahyarham merupakan ketua dewan Muslimat Pas Pasir Putih dan pegawai Halaqah”.

Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar buat Dewan MuslimatĀ  PAS Negeri Kelantan khususnya, dan Dewan Muslimat PAS Pusat amnya. Akhir kata, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmatNYA, dan akan digolongkan bersama para syuhada’ dan solihin, insyaAllah…ameen…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: